
|
Bonjour!
Tagboard! Big Claps Template: Aina Syaza Editor:Your name Other: WeHeartIt Photobucket |
Beza lelaki dgn perempuan
Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki.Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan. Sebagai contohnya: 1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni! 3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I. 4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picit kepala. 5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek. 6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke? 7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je. 8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku. 9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok. 10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi. Wanita ni bukankah pemalu? huhuhu klu suka tekan like ye :)Labels: amiklah sbagai pengajaran, copy paste ajew, kata orang selalunya .. Hakikatnye
Manusia - Eh, dah subuh dah?Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu. Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi ni. Zzzzz Manusia - Nak makan, laparlah. Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah. Syaitan - Ahh, takyahlah. Dah lapar ini! Mmm.. Sedapnyaaaa. Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat. Syaitan - Ehh, panaslah! Takda style langsung, nampak kampung! Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat. Syaitan - Ahhh! Awal lagi. Hmm, aahh. Suruh si X, punchkanlah. Manusia - Azan sudah kedengaran. Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan. Syaitan - Baru pukul berapa? Relax lah. Awal lagi ni. Manusia - Eh, eh.. Takleh tengok ini, berdosa! Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat & Mengetahui! Syaitan - Perggghh! Best tu. Rugi oh kalau tak tengok ni. Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa. Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh! Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain. Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu. Syaitan - Sendiri fikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah susah, pandai pandailah. Manusia - Aku telah berdosa. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya sekali. Rugilah. (kalau sempatlah) Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu. Syaitan - Jangan bimbang, takda sesiapa yang tahu. Jomlah! Manusia - Uh.. Letihnya harini. Tak solat lagi ni. Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia & akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu. Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) & kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu. Sekarang anda mempunyai 2 pilihan : Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini. 1. Malaikat - Ingatkan dan sebarkan pada kawan2 yang anda kenal. 2. Syaitan - Tak payah!!. klu suka tekan like ye :)Labels: amiklah sbagai pengajaran, copy paste ajew, kata orang selalunya .. Kasih Ibu
Diambil dari fb Md Zahki Md HusseinMak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. "Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang. Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang. 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir. 7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan. 13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?" Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!" Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab, "Balai bomba!" Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung. Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?" Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu. "Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk! 27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital. "Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal. 5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang. "Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah. 7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik. 8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika." Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia. 9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan. "Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!" Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak. "Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. "Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja. Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil. Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang. "Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis. "Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum. "Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.." Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahiraji Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!" Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa). Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen. Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. ![]() klu suka tekan like ye :) Labels: amiklah sbagai pengajaran, copy paste ajew Wanita Yang Solehah
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya. Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang. ![]() klu suka tekan like ye :) Labels: amiklah sbagai pengajaran, copy paste ajew, kata orang selalunya .. 1. MENINGGIKAN SUARA Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. 2. MAIN KAYU TIGA Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. 3. SUKA 'CUCI MATA' Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang! 4. MENGONGKONG Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu? 5. EGO Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. 6. MENIPU Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda. 7. PERASAN Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... 8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai. 9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan. 10. CEMBURU BUTA Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang! 11. MATA DUITAN Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!! 12. KOMITED TERHADAP KERJAYA Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa... 13. PANAS BARAN Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!! 14. KAKI MEROKOK Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok. 15. PENGOTOR Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya. 16. GELOJOH Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar? 17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula. 18. TIDAK TAHU MEGHARGAI Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda. 19. PUTAR BELIT Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda. 20. SUKA KONTROL MACHO Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! ![]() klu suka tekan like ye :) Labels: amiklah sbagai pengajaran, copy paste ajew, kata orang selalunya .. untuk adam.. 1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.. 1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..![]() klu suka tekan like ye :) Labels: amiklah sbagai pengajaran, copy paste ajew, kata orang selalunya .. saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak?? saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la... betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa... awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia.. awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti?? saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever.. awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak. saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti.. awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak.. awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..<3<3<3 klu suka tekan like ye :)Labels: amiklah sbagai pengajaran, copy paste ajew, kata orang selalunya .., surat2 chenta :) 1 april 2010.. 3bulan berlalu..bulan ini adalah bulan utk bday dia..aku xdpt lupa bday dia..namun aku dah ok sket dari dulu.. juz pk nk tumpu pada study n dpt kje elok2...n prinsip aku, no boys no cry.. lagi seminggu bday dia..adui la..nape bday dia sgt kacau aku..bila ingat bulan 4, msti ingat bday dia.. hari ni aku cuma ada klas ptg..nasib baek..xde mood nak blaja pg ni..huhu..nak study pn xde mood..so, juz bermalas kt katil la..huhu.. dan aku terlelap..dalam tidur, dia hadir dalam mimpiku..hmm...wajah yg sangat aku rndu muncul d dpn aku..dia senyum dan dia ckp nak jumpa aku.. aku nampak dia nangis... jam yg aku set pada pukul12tghr brbunyi...aku tjaga dan mematikan jam...hmm...nape ngn dia??tdo siang, mainan tdo je tu... aku trus bangun dah brsiap utk ke kelas pada jam 2ptg..aku mandi, lunch n solat zohor..dlm doaku, aku pohon kebahagiaan dan keselamatan dia.. air mata aku menitis lagi.. sewaktu kelas dijalankan, handfon aku bergetar..ada call dari 1 nombor yg x dikenali..aku abaikan..kalau penting, orang tu akan call aku lagi.. namun, panggilan itu berlanjutan sehingga 5kali x djawab...aku mula rasa x sedap hati.. selepas klas, aku call nombor tadi... "assalamualaikum.." "waalaikummussalam..sape ni??" "erk..saya tasya, gurl yg bf awk ckp tunang dia hr tu..." "so??awak nak ape???" "sabar jap..dgr dlu pe saya nak gtau...sbnarnya, saya bukan tunang dia..saya sepupu dia..n saya tau awak gf dia sejak awal hubungan korang.. n hari tu saya xsangka dia knalkan saya sbgai tunang dia..saya tkejut jugak..awak..dia sakit..dia buat cmtu sbb dia nak putus ngn awak.. dia xnk awak tengok dia sakit..n dia xnk awak merana nnt..dia nk rhsiakan pnyakit dia dr awak.." "what???dia sakit pe??awak jgn nak wat cerita laa..."tanpa aku sedar, air mata aku laju mengalir d pipi.. "kanser...kanser otak..n skarang pluang dia tipis sgt..doc pun xdpt buat pape dah..dia degil..xnk operate..awak...he's dying.. doc ckp dia mgkin ada masa dlm 3mgu je lagi..skarang, bnyak bnda dia xingat..kanser tu dah serang bhgian ingatan dia.." aku terduduk, xmampu nak cakap pe ag.. "awak...dia kt mane??"tanya aku dlm esak tangis yg cuba d kawal.. "sabah..saya rsa baik awak dtg..jmpa dia sbelum trlambat.." teringat balik kata2nya beberapa bulan lps sbelum kitorang putus.. "makcik, nnt dah kwen, n dh tua nnt, kalau saya nyanyuk, awak nk jaga saya x??" "tapi kalau x salah saya, pratus nyanyuk lg cepat kna kt pmpuan kan..." "ala...tu kajian laa...jwb laa.." "mesti la jaga..everythg pasal awak saya jaga punya laa.." "even saya xkenal awak??" "yup..insyaAllah." "kalau saya nyanyuk masa muda ag??maksud saya, b4 kita kawen.." "ada ke??" "ada laa...tapi jarang sgt la kot.." "pakcik betul la dia ni.." "jwb laaa...." "hmmm...jap..awak save saya kt mane sbnarnya?? kat otak awak or hati awak??" "hati laa..npe??" "ne de org nyanyuk kt hati..ish..so, xde alasan awak nk lupa saya..hehe.." "hmm..org tnya serious laa..." "hmmm...camne ek?? ha!! saya akan brkenalan semula ngn awak..dan buat memori baru ngn awak..hehe.." "awak x tinggal saya n cari org lain??" "saya sayang awak la...u r the 1 n only kan.." rupa2nya dari awal prkenalan kami dia dah tau tentang pnyakitnya..patut la dia prnah gtau yg dia sakit kpala.. bila tnya nape, dia ckp sbb stay up buat assignment..tp jarang sgt la dia mengadu.. n dia decide nk putus lepas dia dapat tau ingatan dia akan hilang..sebenarnya dah banyak tanda dia tunjuk kt aku.. tapi aku xpnah nampak..n patut la dia suka ckp pasal mati..n pada masa tu,segala kekuatan aku hilang.. camne aku nak g sabah??tket mahal..bila check tket, plg kurang pn rm400 utk air asia..tu pun utk nex week.. k..aku book yg tu..tpaksa la tunggu lagi seminggu n kebetulan ada cuti khas seminggu masa tu.. tiap2 hari aku doakan kesihatan dia dalam tangisan..terasa lambat masa berlalu.. 8 april 2010.. aku menaiki bas utk ke kl..n menaiki teksi utk ke airport..penat pjalanan yg tpaksa aku tempuh langsung x terasa.. demi dia yg aku sayang, cinta.. 9 april 2010..day 1 akhirnya, aku tiba di kota kinabalu, sabah..d sana, tasya telah menunggu ketibaan aku.. dan kami terus menuju ke hospital.. sampai d hospital, perasaan aku bercampur baur.. tasya dah gtau aku supaya tabah n sabar bila tengok dia nnt sbb dia bukan lagi org yg sama aku knal beberapa bulan lalu.. pintu ward03 aku tolak perlahan dan aku nmpak sekujur tubuh terbaring lesu, lena d katil..tasya mengekori aku dari blakang.. d sebelahnya seorang perempuan yg agak berusia..aku yakin itu adalah ibunya walaupun kami x pernah bertemu.. aku salami ibunya..kami berpelukan dalam tangisan..ternyata ibunya mengenali aku..dia meminta aku memanggilnya ibu.. ibu memberi laluan dan membiarkan aku dgn si dia... hampir x ku kenal insan yg amat ku sayang..badannya kurus melidi..mukanya pucat dan kepalanya botak.. sebak...npe sampai macam ni keadaan dia??aku tenggelam dlm tangisan..badan ku sangat lemah..dan aku rebah d tepi katil dia.. awak...sampai hati awak tanggung sakit ni sorang2..awak..siapa saya kt hati awak?? bukan kita dah jnji nk susah senang brsama??n saya dah jnji nk jaga awak.. aku terjaga dan memandang sekeliling..aku mncari kelibat dia..aku nmpak tasya mghampiri ku.. "tasya..dia.." "sabar wak..awak pengsan..dia dah sedar..pergi la jumpa dia..kt bilik sebelah.." perlahan2 aku bangun dan memasuki bilik nya.. aku nmpak dia bersandar lesu d katil sambil memegang handfon..bila dia sedar kdatangan aku, dia berpaling padaku, memandangku.. namun, pandangannya kosong..keningnya berkerut tnda x mngenali aku.. dlu, matanya tersenyum setiap kali memandang ku..dugaan apakah ini?? "assalamualaikum.."sapa ku..terasa hangat d mata..namun tepaksa aku tahan..xnak dia nmpak aku nangis..aku duduk atas kerusi d sebelah dia.. dia cuma senyum padaku.. "kita kenal ke??" aku mengangguk..terasa suara tersekat d kerongkong.. "awak sape??" "kawan...kawan yg sangat rapat.." x ku sangka itu yg terkeluar dari bibirku.. "oo...sayang??" aku terkejut..adakah dia memanggil aku sayang?? "erk..sebenarnya tadi saya tgk gambar2 kat handfon..saya rasa ni awak kn??n saya save dlm folder sayang" dia menunjukkan beberapa gambar yg dsimpan d dalam handfon dia.. "ye saya.." "nape kita rapat sgt??ni gambar bila??nape saya save awak sbgai sayang??" tembok air mataku musnah lagi..aku xtau camne nk jwb setiap ptanyaan dia.. "sebenarnya, dulu kita 1 matrix..dh hampir 3 thn kita kenal.." "oo..sori wak..xtau.." "awak x ingat saya???" "maaf..tp knape sayang??" "sebab awk slalu ckp awk sayang saya.." tapi..doc ada gtau yg ada kemungkinan ingatan dia akan kembali..tp mgkin skjap je la sbb kanser dia dh besar.. lps tu x ingat balik..tu pn, peratus utk ingatan dia ok sket sgt.. tp, ibu ckp, stakat ni, dia xpernah ag dpt ingat pape n hope kehadiran aku blh tolong pulihkan ingatan dia wlaupn skejap.. shari suntuk aku dgn dia..kami mcm baru kenal balik..tp cpat msra..dia mcm sedaya upaya menyembunyikan sakit yg dia tanggung.. 12 april 2010..day 4 3hari berlalu..n hari ni hari ke 4..keadaannya masih x berubah..aku selalu berada disisi mnemaninya..slalu aku ceritakan kisah2 kami dahulu.. tapi aku xgtau dia ape yg aku ceritakan itu trjadi antara kami..aku gtau tu cte yg aku bca dlm sebuah novel.. n dia cuma sbgai pndengar setia..tiap2 hari aku berdoa supaya ingatannya pulih..awak...saya rindu nak dgr awk pnggil saya makcik.. lagi 4 hari bday nya akan tiba..mgkin aku akan sediakan sebiji kek utk dia d hospital..ibu stuju dgn cdngan aku.. 13 april 2010..day 5 seperti biasa, aku bangun pada jam 6pg..mmg dah 4mlm aku tdo kt hspital..aku xnk tinggal dia sorang.. lgpun xkn nk bia ibu yg jaga..ayahnya pula uzur..tp xseperti hari2 lain, pagi ini dia bangun awal dr aku..biasanya dia akan dikejutkan pada pukul7pg utk makan ubat..aku nmpak dia duduk brsandar d katil dan leka dgn handfonnya.. "awak..awal bangun..xleh tdo ea??" dia memandangku dgn pndangan yg redup..ya!!pandangan yg sama dgn masa matrix dlu!!matanya tersenyum.. "makcik.."berderau darahku mndengar panggilan itu.. "a..awak ingat???" dia mengangguk...mengalir air mataku..aku memanggil nurse memandangkan doc xde awal pg cmni.. tapi aku dberitahu lagi sjam doc akn tiba.. "makcik.."dgn senyuman dia memandangku.. aku hnya mampu mengangguk..sebak sgt..aku telah memaklumkan pada ibu tentang pkmbangan dia.. "saya rindu awak...dh lama awak kt sni??" "awak langsung x ingat??" dia menggeleng.. "4hari.." "awak jgn tinggal saya k..saya mntak maaf sbb tpu awak..saya xbtunang pn..dia kzen saya..saya syg awk.." aku sebak.. "xpe wak..xpe..jgn pk smua tu lg..saya pn sayang awak..saya dh tau smua.." "tapi saya lg sayang awak..haha" ye...dia dah kmbali..som1 yg xprnah kering idea utk sakat aku..aku tersenyum..dia nmpak agak aktif hari ni.. syukur padamu ya Allah..lg 3 hari bday dia... 14 april 2010..day 6 hari ini doc dah benarkan dia pulang..ingatan dia masih ok..tp, doc ckp jgn menaruh harapan yg tinggi.. walaupun ingatannya dah pulih, tapi ia mungkin utk seketika je..keadaannya yg sebenar adalah sgt kritikal.. pmbedahan dah x brguna lg..kanser dia sgt cepat merebak..dan doc pn pesan gk supaya cpt2 hntar dia ke hospital jika berlaku pape.. aku terpaksa tabah dgn sebarang kemungkinan..tapi hari ni dia mcm sgt shat.. mlm tu aku tdo d rumah dia..n lusa bday dia.. 15 april 2010..day 7 d rumah dia.. "hmm..awak.." "ye.." dia mghampiriku.. "saya nak awak ambil ni balik blh??" dia mghulurkan 1 kotak kecil padaku..aku mnyambut kotak tsebut dan membukanya.. cincin silver dgn 1 permata..the 1 n only..cincin yg aku pnah pulangkan padanya 1 masa dhulu.. aku mngangguk dan senyum.. "thanx..tau x, sebelum saya kasi cncin ni kt awak hari tu, saya pakai n xpnah bukak tau.." dia tsenyum.. "ek???" "ye..." "awak..saya rasa kn bday saya tahun ni plg bmakna kot.." "ek??nape??" "sbb 1st bday sy clbrate ngn awak kn.." "yup..so??" "mcm xde prasaan btol mkcik ni.." "haha..xde la..k..pakcik..awk nk hdiah pe??" "saya nak makcik saya..." "ek??makcik shida??nnt saya gi panggil dia.." makcik shida adalah adik kpada ayahnya.. "bukan la.." "hbs tu??" "three..hehe.." "tengok..main2 lak.." "xdela..k..sesious..saya nak awak.." "haha..ngade..dah mmg i'm yours kan.."aku ketawa..namun tiada segaris senyuman pada wajahnya.. "saya serious wak..masa saya dh xlama..doc ckp saya ada lg sminggu kan.." "nape ni..jgn la ckp cmtu.." "saya dh xde masa utk sembuh.." "kita kawen.." dia tersentak dan merenung mataku..tajam. "haha..jgn nk mngarut la..nk jadi janda awal ke??"dia ketawa.. "saya nk kawen ngn awak walaupun skejap..at least kita blh hidup bsama.." "ntah esok, ntah lusa saya mati.." "saya nak kawen ngn awak even utk 1jam.." "kalau saya mati sebelum tu??" "saya nk jadi wife awak even utk beberapa minit.." "jgn nk ngarot laa..tolong jgn ckp bnda xlogic blh x??saya xnk kawen dgn awak.."dia terus tinggalkan aku kt stu sorang2.. seriously aku nk kwen ngn dia..even utk beberapa minit atau lg skejap dari tu.. aku merenung cincin d jari manisku..sayu.. besok bday dia.. 16 april 2010.. HAPPY BIRTHDAY SAYANG.. aku sibuk d dapur brsama ibu mnyiapkan kek..hari ni kami buat mkn2 sket n jemput gak semua sedara n kwn2 dia.. malam pulak buat doa selamat n solat hajat utk dia..moga Tuhan panjangkan umo dia.. "bu..aku mau kluar kjap.." dia mnggunakan dialek sabah bcakap dgn ibunya.. "ish..kamu ndak shat bah..d rumah jak laa..." "shat jak bah..kjap jak..awak...boleh la...pujuk ibu..kjap je..jnji.."dia meminta smpatiku.. "ala..saya setuju ngn ibu..tp nak kuar ngn sape??" "sorang..drive.." "ndak boleh.."ibunya xmemberi keizinan.. "hmm..ibu..saya temankan??" aku cuba meredakan suasana.. "klu mcm tu, ok jak.." ibunya senyum..setuju.. "erk..xpyh la..awak tolong ibu kat dapur..ala bu..aku boleh drive..aku shat jak..dkat jak..kdai depan sana..mau ambil barang.." "barang pa??" "ada laa..."jwbnya sambil memandangku.. "ya la..ya la..balik cepat.." "baek madam.." terus dia mncium pp ibu..ibu mcm tkejut tapi membiarkan je.. mmg slalu klu nak pergi jauh, contoh klu nak balik uni, dia akan mncium pp ibu..dah trbiasa kot.. "makcik syg..saya gi dlu k..tengok2 ibu tau..bu..aku pegi dlu.." "ya la..hati2 drive.." ibunya sempat berpesan.. setengah jam kemudian..telefon rumahnya berbunyi..ibu minta aku jawabkan panggilan tu.. "assalamualaikum.." "waalaikummussalam..ni rumah en. aliff aizam ke??" "ya..saya kawan dia.." "cik, en. izam kmalangan..dia d hospital skrang..mnta tolong maklumkan kluarga dia k.."bagai nak luruh jantung aku mndengar brita itu.. "kmalangan??bgaimana keadaan dia encik??" "dia xsedarkan diri..dia trbabas dan memasuki lorong sebelah..maaf cik..sila ke hospital skrang.." "baek la..treima kasih encik.."sebak d dada xdpt ku kawal.. aku memaklumkan keluarganya brita trsebut dan kami brgegas ke hospital.. d hospital..belum sempat kami brjumpa dgnnya, "maaf..ni kluarga en. aliff aizam ke??" "ye..keadaan dia cmne doc??" "cik..maaf..kecederaan dia sgt serious dan phak kami dh cuba sedaya upaya..Tuhan lebih mnyayangi dia.." aku terduduk..ibu memelukku..kami hanyut dlm tangisan..aku cuba tabahkan hati..ya..Tuhan lbh mnyayanginya.. tp knapa begitu awal dia prgi?? doc ckp dia ada lg sminggu kn?? aku dan keluarganya terus mnuju ke bilik d mana dia dtempatkan..mnggigil tanganku memulas tombol pntu... prlahan2 pntu dbuka..skujur tubuh kaku berselimut kain putih..itu lah yg prtama singgah dmataku.. aku mghampirinya..prlahan2 aku membuka kain yg mnutupi wajahnya...kepalanya berbalut..berderai air mataku.. menurut doc, dia trhantuk pada stereng..n hantukan yg kuat juga dah beri kesan yg bahaya pada kanser yg dihidapinya.. "selamat hari jadi yg ke 21, sayang.."sebak aku menutur ucapan itu.. "awak cik alyaa maisara ke??" satu suara menyapaku dari blakang..aku brpaling, mnyapu air mata.. "ya saya.." "barang ni saya jumpa di dlm kereta mangsa..saya rasa ia kepunyaan awak.." aku mnyamput sebuah kotak baldu kecil dan sekeping sampul surat.. "terima kasih.." kubuka kotak baldu comel tersebut..sebentuk cincin emas dgn sebutir berlian..the 1 n only..sebak.. rupa2nya dia kluar utk membeli cncin ni d kdai.. dan perlahan2 aku mengoyak sampul tersebut dan mengeluarkan sehelai kertas biru dari dlmnya.. biru..warna kgemarannya.. "sayang.. my 1 n only.. saya tau hari ni bday saya..tapi xsalah kan kalau saya nak kasi hadiah utk awak.. kan saya x sempat kasi hadiah bday utk awak hari tu..so, terima la cincin ni.. saya buat keje part time masa blaja, kumpul duit nak beli cincin.. nak tunggu kje takot xsempat..kan dah janji ngn awak nak tuka yg silver kpda emas.. anggap la cincin ni cuma hadiah dari saya.. saya xberani nak lamar awak..masa saya xlama lg dah.. tp prcaya la..saya sayang awak.. awak.. saya mnta maaf sbb pnh kecewakan awak.. sebenarnya saya sendiri pn merana dgn apa yg saya buat.. awak xnk saya ganggu awak kn..kita jauh, x contact n xde berita dari awak mmg buat saya lg sakit.. n kesakitan tu lg menyiksakan dr penyakit yg saya tpaksa tanggung.. saya sayang awak..sbb tu saya buat camtu dgn harapan awak blh cari pengganti saya.. awak.. masa prmohonan ipta dlu, last minit saya tukar prmohonan saya.. saya xnk dekat ngn awak..saya xnk awak tau saya sakit n xnak awak tengok betapa teruknya saya.. awak kekuatan saya..maaf sbb tipu awak..saya x bermaksud.. awak.. kalau saya mati, brmakna saya cintakan awak smpai saya mati.. u r my 1st n last.. u r my everything.. saya doakan awak brbahagia hingga ke anak cucu.. alyaa maisara, aliff aizam tetap sayangkan awak selamanya.. the 1 n only is you" AL-FATIHAH BUAT ALIFF AIZAM SEMOGA DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG BERIMAN.. klu suka tekan like ye :)Labels: amiklah sbagai pengajaran, copy paste ajew, THE ONE AND ONLY ONE |