Bonjour!
![]() Tagboard! Big Claps Template: Aina Syaza Editor:Your name Other: WeHeartIt Photobucket |
Sayang , pleasee ..
Bab satu Aku melihat jam loceng di atas meja kecil di tepi katilku dan jam menunjukkan sudah pukul 8 pagi. Dahla mama dengan papa pergi rumah Mak Long dekat Teluk Intan semalam sebab Kak Hani nak kahwin hujung minggu ni. Acik Ila pun ikut sekali. Tapi kenapa pulak Angah tak tolong kejutkan aku pagi ni? Laa.. baru aku ingat yang outstation dekat Seremban. Esok baru dia balik. Alamak! Kelas Prof Zahid mula pukul 9 nanti. Aku bergegas ke bilik air dan dalam masa tidak sampai dua puluh minit aku sudah dapat bersiap. Aku hanya mengenakan jeans hitam dengan kemaja berwarna putih yang aku padankan dengan selendang putih bercorak halus. Nasib baik papa bagi hadiah kereta dekat aku sempena birthday tahun lepas, kalau tak memang tak akan ke kelas la aku nampaknya hari-hari paling tak pun hari-hari la lambat. Lagipun takkan la nak mintak mama tolong hantar tiap-tiap hari. Dia sendiri pun sibuk dengan butik. Setelah keluar rumah Ari sudah sedia menungguku. Memang kami akan pergi bersama ke kuliah memandangkan kursus yang diambil pun sama.Aku tidak sempat untuk sarapan, mungkin aku makan di kafeteria sahaja nanti. Lagipun aku memang jarang makan pagi tambahan pula Ari mengajak aku makan malam di rumah dia semalam dan aku pun, apa lagi memang jarang menolak kalau bab-bab macam ni.Ari pun tinggal dengan orang gajinya sahaja sekarang ni. Mak Cik Ina dengan Pak Cik Sufian pergi ke Amsterdam melawat Abang Zaril yang mendapat anak pertamanya minggu lalu. Mungkin dalam 2-3 hari lagi mereka akan pulang semula ke sini. Aku masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin dan memasang radio, aku memili Hotfm sebagai stesen oenghibur kami pada pagi ini. Ari yang sudah berada dalam pagar rumah aku bergegas ke dalam kereta. Dia ni memang pantang kalau lambat. “Dah lama ke tunggu aku?” “Takla, aku saja je keluar awal tadi nak ambil fresh air pagi-pagi macam ni” “Tak pernah-pernah la pulak aku tengok kau macam tu. Ke ada agenda lain ni? tengah usha mamat hensem kat depan yang baru pindah tu?” “Eh, kau ni ada- ada je la. Jom la dah lewat ni, kau pun tahu yang aku ni memang menepati masa kan?” “Haha.. Padahal nak lari dari topik kan?” “Pandai la kau. Aku nak tanya ni, kau dengan Hariz macam mana?” Minah ni apasal tanya pasal mamat tu pulak. Tak tahu ke yang aku tak suka dengar nama dia. “Macam mana yang macam mana tu? Kami kan dah tak ada apa-apa. Kau ni mimpi ke apa?” “Semalam dia tegur aku dalam fb. Aku borak-borak kejap dengan dia. Dia ada tanya pasal kau. Dia cakap dah lama tak jumpa dengan kau walaupun kat universiti yang sama cuma fakulti je lain, tapi kan dia tu dah kira macam spesies rindu la kot. Hah, lagi satu dia kirim salam dekat kau” “Yang kau pergi melalut sampai rindu bagai tu apasal pulak. Takde maknenya la. Buang masa je kalau nak rindu kat aku ni. Takkan tiap-tiap hari nak kena jumpa. Tak de maknenya jugak. Hurm.. Waalaikummussalam, bab kirim salam tu aku jawab la ek, yang lain tak nak komen la rasa.” “Ada-ada je la kau ni. Babe, dia cakap semalam kan dia dah clash dengan pompuan tu. Dah dekat sebulan dah.” “Tu dia punya pasal la, takde kaitan dengan aku pun kan?” Kenapa la dengan Ari ni. Tak tau ke yang aku ni tak berminat nak dengar cerita pasal Hariz tu lagi. “Memanglaa. Kau tak rasa nak berbaik dengan dia balik ke?” “Aku sebenarnya.. Macam ni la nak cakap. Jujur ni eh, kau dengar betul-betul tau. Aku mengaku la yang aku memang dah putus angin dah dengan dia. Masa aku nak dekat dia, dia pula yang gatal nak mengorat pompuan lain. Dia ingat aku ni tunggul kayu ke? Memangla sayang tu masih ada tapi aku tak nak pisang berbuah dua kali. Nanti makan hati berulam jantung la aku ni. Alah, nanti lama-lama hilang jugak perasaan aku ni just maybe akan ambil masa la. Tu aja masalahnya. Lagi pula, orang lain tak ambil kisah pun dengan hati dengan perasaan aku ni. Apa-apa pun aku sendiri jugak yang nak kena tanggung. Buat masa sekarang ni aku nak habis study dulu sebab nanti kalau aku frust menonggeng satu apa pun tak akan menjadi. Maksud aku kalau masa aku mula-mula putus dengan Hariz laa. Sekarang dah tak jadi kudis pun.” “Mak aih, marahnya. Hmm... Sorry la sebab timbulkan soal ni. Aku nak tanya je tadi? “Alah, aku tak kisah pun. Nak bagitau kat kau ajela. Yang kau ambik serius tu kenapa?” Kami kemudiannya masing-masing mendiamkan diri dan aku menfokuskan kepada pemanduanku. Sesampainya di kampus, kami bergegas ke dewan kuliah. Aku dan Ari memilih tempat di hadapan sekali. Mira, Zaryn dan Alin turut menyertai kami duduk di hadapan. * * * * * * Kelas Prof Zahid berjalan dengan lancar pada hari itu. Kelas Dr. Fateha pula dibatalkan untuk sesi petang ni. Setelah kelas selesai, aku dan Ari menyertai Mira, Zaryn dan Alin ke Mid Valley. Niat ku cuma ingin makan tengah hari je. Kami memilih untuk makan di Noodle Station yang merupakan salah satu tempat makan kegemaranku. Setelah makan, Ari mengajakku untuk menonton wayang. Dia yang teringin untuk menonton The Tourist. Aku mengiakan sahaja usul itu. Mendengar sahaja jawapan aku itu. Ari mencubit pipi aku. “Wei, kenapa kau cubit-cubit pipi aku ni?” “Sorry-sorry.. Aku tak sengaja la. Tercubit ok? Lagipun aku excited sangat tadi tu yang jadi tercubit kau. Apa la kau ni, macam la sakit aku cubit tu. ” ‘Takpe-takpe, aku tak kisah sangat, lagipun tak sakit pun. Kau kan cubit manja je aku ni? Nasib tak sakit. Kalau tak, automatik kau kena karate dengan aku” “Main kasar nampak? Eh, kita tengok wayang ni aku belanja tau.” “Terharunya aku kau nak belanja. Ada apa-apa ke hari ni?’ “Mana ada, sekali-sekala aku belanja apa salahnya kan?” Ari ke tempat membeli tiket manakala aku pula membeli bertih jagung dengan air berkarbonat. Setelah itu kami masuk ke dalam panggung wayang kerana beberapa minit lagi movie akan bermula. Kami memilih tempat di tengah-tengah tetapi di tepi sekali. Hal ini untuk memudahkan kami untuk keluar. Dalam membetulkan kedudukan aku merasa bagaikan terhidu bauan minyak wangi lelaki yang seakan familiar bagiku. Setelah berfikir-fikir baru aku mendapat idea. Bau itu seolah-olah bau perfume yang biasa Hariz pakai. “Ah, macamla dia sorang yang pakai perfume macam tu. Orang lain pun mungkin akan pakai jugak. Kat Malaysia ni takkan la ada sebotol je perfume jenis tu. Orang lain agaknya tu. Aku je yang melalut yang bukan-bukan.” Sebermulanya filem itu, aku dan ari menonton dengan tekun. Lagipun kammi memang dari dulu lagi meminati Johny Depp dan Angelina Jolie. Setelah kiara-kira dua jam berlalu dan movie telah pun habis. Kami beransur keluar dari panggung wayang. Aku rasakan seperti seorang telah melanggar bahuku. “I’m sorry.” “Nevermind, it’s ok..” “Eh, macam kenal je suara dia..” Entah-entah memang betul kot Hariz. Aku tidak berniat untuk berpaling kearah lelaki yang telah melanggarku. Setelah berada di luar panggung wayang, aku menarik tangan Ari untuk megikutiku ke Secret Recipe kerana aku ingin membeli kek. Ari bersetuju tetapi dia ingin ke Isetan terlebih dahulu kerana ingin membeli sesuatu. Aku mengikut sahaja dari arah belakangnya. Namun tiba-tiba aku terasa bagaikan namaku dipanggil tetapi tidak dihiraukan olehku kerana mungkin salah dengar. “Risya!” Sekali lagi aku dengar namaku dipanggil, kali ni tak mungkin silap lagi. Aku menoleh ke belakang. Aku terlihat susuk tubuh Hariz yang memakai pakaian kasual sahaja pada masa itu namun dia kelihatan begitu kacak pada masa itu. Aku bagaikan terkaku seketika. “Risya ni, Riz panggil dekat dua tiga kali baru la Risya perasan. Sengaja buat-buat tak perasan atau memang tak perasan?” “Entahla, tadi memang rasa macam ada orang panggil, tapi taku salah dengar, nanti kang kalau pusing lepas tu terperasan je yang orang panggil, mesti nanti dapat malu je free-free. Hmm, buat apa kat sini? Shopping ke?” “Saja je jalan-jalan tadi. Boring kat rumah, kelas pun takde hari ni. eh, tadi nampak Risya dengan Ari kan? Dia pergi mana?” “A’ah. Tadi dengan dia laa. Alaa, ni mesti dah hilang.” Pada masa yang sama, aku rasakan poket seluarku bergetar menandakan ada panggilan masuk. Panggilan daripada Ari. Segera ku angkat. “Riz, kejap ek nak jawab call.” “Risya, kau dekat mana baru aku perasan kau takde dengan aku ni.” “Aku pun sama la baru perasan yang kau dah takde dengan aku. Kau dekat Isetan ek? Nanti kejap lagi aku datang la. Jumpa kawan ni. Hmm, tak pun aku tunggu kau dekat Secret Recipe terus pun takpe.” “Ok, nanti aku pergi sana, ni nak cari barang jap” Klik! Talian aku matikan. ‘Hmm, Riz datang dengan siapa?” “Hariz datang sorang je.. Risya.. Hariz tengok Risya nampak lain laa.” “Lain macam mana pulak? Risya rasa biasa je” “Ntahla, Riz nampak lain. Hmm, Risya macam mana sekarang? Sihat?” “Macam biasa aja. Hmm, macam yang Riz nampaklah, sihat aja kan. Tak nampak macam orang sakit pun kan?” “Alahai Risya ni buat lawak pulak da. Riz tanya serius ni tau.” Sambil memuncungkan bibirnya. “Eleh. Hmm, apasal tak keluar dengan makwe? Kalau Riysa la kan, baik bawa makwe tu keluar sekali alang-alang nak keluar. Nanti kang dia rasa diabaikan pulak.” Sindirku. “Hmm.. Riz sedar yang Riz salah. Riz tak patutu buat macam tu dulu. Riz sendiri pun dah tak ada apa-apa dengan Eliss tu. Kami dah lama break. Kalau la Riz tahu benda ni akan jadi macam ni memang Riz takkan tinggalkan Risya dulu.” Tuturnya dalam nada sayu namun aku merasakan hal ini tidak seharusnya dijadikan topik perbualan lagi. Benda ni dah lama pun. “Hmm, Risya dah tak nak ingat dah benda-benda tu semua.” Aku mulai bosan dengan kerenah Hariz. Entah apa yang dia inginkan daripada aku lagi. “Hmm, Risya.. nanti kalau free Riz nak ajak keluar ok?” “Tengok lah dulu. Kalau lah Risya ni ada banyak masa yang terluang.” “ Risya still guna nombor lama lagi ke? Senang nanti kalau ada apa-apa. Riz boleh call, paling tak pun mesej kan?” “Yela tu, fb kan ada? Macamla kita tak jadi friend kat dalam tu.” “Riz tahu, but I prefer something that more private” “IM? Ym, Skype pun ada kan?” “Hmm, takpe la.. nampak sangat tak nak bagi, Riz tak paksa. Lagipun Riz yang bersalah selama ni. Riz sedar benda tu. Mesti Risya marah takpun bencikan Riz kan?” “Let’s not dig the past, I’m not the one who likes to keep revenge in my life.” “Okay, but there’s nothing wrong with starting a new story. What i mean is for being a friend?” “Ok, eh Risya dah nak pergi ni, nanti kesian pulak Ari lama tunggu. Hmm, memandangkan yang kita ni kawan, Risya guna nombor lama lagi. Tak kuasa la nak tukar-tukar nombor ni meletihkan je. Buat susah siapa-siapa nak contact ada laa.. Got to go first.” Sesampainya di Secret Recipe, aku segera memesan Kek Blackforest. Setelah siap membeli, Ari sudah sampai di tempatku. Kami segera pulang ke rumah dan sampai kira-kira pada pukul 5 petang. Memandangkan ahli keluargaku yang lain tiada di rumah, maka aku memang jarang memasak dan aku ni memang jenis yang tak makan malam. Mereka juga sama yang sudah terbiasa dengan rutin hidup sebegitu. ![]() Labels: aku punya |