Red smooth Live

Bonjour!

Welcome to my simple triple blog, i`m blabla..famous as blabla..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow :)



Tagboard!




Big Claps

Template: Aina Syaza
Editor:Your name
Other: WeHeartIt Photobucket
Sayang , pleasee .. |PART 2|
Bab dua

Malam ini aku mengajak Ari tidur di rumahku. Dia memberitahu akan datang pada pukul 9 nanti. Kulihat jam, baru pukul 8. Lagi sejam dia datang lah. Aku membuka televisyen untuk menonton berita. Ini juga sudah menjadi rutinku keluargaku.
            Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada sms yang masuk namun nombornya tidakku kenali.
            “Salam, ni Farisya ek?”
            Aku tidak berminat untuk membalas sms tersebut dan aku biarkan begitu sahaja. Beberapa minit kemudian sekali lagi telefonku berbunyi. Aku lihat dari nombor yang sama dengan penghantar mesej pertama tadi, lalu kubaca isi kandungan sms tersebut.
            “Awk sibuk ek? Sy xde niat nk gnggu awk tp sy ad hal nk ckp ni. Pls reply msg ni. tak pun biar sy call awak je la..”
            Belum sempat aku membalas sms itu, telefonku berdering dan nombor yang sama menelefonku. Aku berkira-kira untuk menjawabnya. Akhirnya, aku menekan butang answer.
* * * * * *

Ari datang agak lewat pada malam itu. Kira-kira pukul 9.30 barulah dia datang. Ari memberitahu dia berbual dengan mamanya dari Amsterdamdengan menggunakan Skype. Akibat terlajak berbual dengan mamanya, dia terlupa bahawa dia berjanji mahu ke rumahku.
            Kami menonton cerita Pisau Cukur yang bagi aku menghiburkan di dalam laptopku.dalam masa kami menonton cerita itu aku menceritakan tentang sms dan panggilan daripada lelaki tadi. Lelaki tersebut bertanyakan buku rujukan aku yang tertinggal di Restoran Noodle Station sewaktu makan tengah hari tadi. Nasib baiklah aku sempat menulis nama berserta nombor telefon didalamnya. Kalau tidak, memang mati kutu la nampaknya aku nanti. Assignment harusku hantar pada hari Jumaat minggu hadapan. Masih ada seminggu lagi. Tadi aku sudah menetapkan untuk berjumpa lelaki tersebut setelah habis kuliah pada tengah hari esok.
            Setelah berjumpa dengan lelaki tersebut, aku segera pulang ke rumah kerana pada petangnya aku akan ke Kuantan dengan Angah. Lelaki itu memperkenalkan namanya sebagai Irham. Eh, macam dalam cerita Syurga Cinta laa.. Kami cuma berjumpa sekejap kerana Irham mempunyai tugasan yang harus dilakukan lagi pula hari ini kan hari Jumaat. Mestila dia nak pergi sembahyang Jumaat.
            Setibanya di rumah, aku lihat Angah sudah sampai dan sedang meyimpan pakaiannya ke dalam beg. Mujurlah aku sudah menyimpan pakaianku semalam sewaktu menunggu Ari datang. Kalau tak, mesti haru keadaan aku sekarang walaupun aku hanya akan berda di sana 2 hari dan akan pulang semula ke sini pada hari ahad. Kami tiba malam di rumah Mak Long kerana Angah mengajakku ke rumah temannya yang baru melahirkan anak mengadakan majlis akikah dan cukur jambul . Mujurlah majlis akad nikah belum dimulakan sewaktu kami sampai di sana. Aku dapat merasakan yang perkahwinan Kak Hani yang merupakan anak bongsu Mak Long bakal dilangsungkan dengan meriah sekali. Aku dapat merasakannya. Majlis resepsi akan diadakan diadakan di Kuala Lumpur seminggu lagi bagi sebelah pihak lelaki. Bakal suami Kak Hani, Abang Izham merupakan seorang peguam yang kini menguruskan firma guaman ayahnya. Kak Hani pula berkereja sebagai seorang pensyarah di Universiti Malaya. Aku sendiri pun tidak tahu bagaiman mereka boleh berkenalan. Ah, kalau dah jodoh kat mana-mana pun tetap akan dipertemukan juga. Aku berkira-kira dalam hati bahawa nanti bolehlah aku bekerja dengan Abang Izham selepas menggulung ijazah.
            Kenduri kahwin yang berlangsung keesokan harinya berlangsung dengan lancar dan dihadiri ramai orang. Namun takku duga yang Hariz akan turut datang ke majlis ini. Aku yang pada mulanya agak pelik dengan kemunculannya yang tiba-tiba pada hari itu sudahlah baju kami mempunyai warna yang hampir-hampir serupa iaitu warna kuning keemasan. Itu mungkin hanya kebetulan. Sebetulnya, aku cuma ingin berpura-pura tidak terperasaankan dirinya pada waktu itu namun rancanganku gagal kerana Hariz sempat menegurku. Aku sendiri pun tidak tahu bagaimana dia boleh mengecamku. Dia memberitahu bahawa dia sudah melihatkan kelibatku sewaktu mula-mula sampai namun tidak sempat untuk menegurku. Aku hanya bertegur sapa sahaja dengannya kerana aku mempunyai banyak tugasan yang harus dilakukan untuk membantu majlis perkahwinan ini tambahan pula aku tidak merasakan ingin berjumpa dengannya lagi dalam masa terdekat ini.
            Tapi kini kisah perkahwinan Kak Hani dan Abang Izham sudah lama berlalu. Kak Hani juga sedang mengandungkan anak sulungnya dan kini sudah 4 bulan malahan aku sendiri juga akan menghabiskan ijazah aku dalam bidang sarjana muda perundangan. Tapi, apa yang aku pelik sekarang macam mana aku boleh baik balik dengan Hariz tu? Mungkin sewaktu perkahwinan Kak Hani dan Abang Izham hari itu kot yang mengeratkan kembali hubungan kami. Opss. Kami cuma baik sebagai kawan dan tak akan jadi lebih daripada itu. Hanya itu yang aku tetapkan dalam diri aku buat masa ini. Namun tentang apa yang akan berlaku pada masa yang akan datang, aku sendiri tidak mengetahuinya. Tapi apa yang aku dapat tafsirkan tentang dirinya, aku dapat merasakan yang dia telah banyak berubah kini. Berubah bagaimana tidak dapat aku pastikan tapi perkara itu jelas berlaku pada mata kasarku namun mungkin  hanya aku yang perasankannya.

* * * * * *
Pagi itu aku ke kuliah seperti biasa tapi berseorangan kerana Ari tidak sihat dan berada di hospital kerana demam denggi. Ini mungkin sebab dia pergi berkhemah pada cuti umum minggu lepas. Nasib baiklah aku tidak mengikutinya. Sekarang pun sudah 3 hari dia dimasukkan ke hospital. Aku sempat melawatnya sekali kerana terlalu sibuk dengan assigment.
            “Farisya !”
            Aku mendegar namaku dipanggil dari belakang dan aku segera menoleh. Aku lihat ada seoarang lelaki yang memanggilku. “Ya?”. Lelaki itu bejalan ke arahku. Rupa-rupanya Irham, lelaki yang memulangkan buku kau hari itu. Aku kehairanan melihatkannya berada di sini.
            “Awak study kat sini ke?”
            “A’ah. Awak pun study kat sini juga ke? Tapi kenapa tak pernah nampak?”
            “Eh, taklah. Saya dah kerja dah, ni datang ambil adik saya.”
            “Oh, adik awak lelaki ke perempuan?”
            “Perempuan. Nurin Jazlina nama dia. Mana tau awak kenal dia?”
            “Macam pernah dengar nama dia. Kat sini ada dua orang nama tu. Yang saya tahu la. Hmm.. Dia yang ambil akaun ke finance?” mungkinkan Nurin kawan Alin tu kot fikirku dalam hati..
            “Dia yang ambil finance tu. Awak ambil course apa?”
            “Saya ambil management. Eh, tu dia Nurin dah datang”
            “A’ah la.. tu dia. By the way, awak tinggal kat mana ek?”
            “Saya tinggal kat Bangsar. Kenapa?”
            “Tak adalah, saja ja tanya, kalau nak tumpang jomlah. Nurin pun dah nak sampai dah tu.”
            “Risya, sejak bila pulak awak ada scandal dengan abang saya ni? Hah, abang ni pula tak cakap pun yang tengah ada relationship dengan sapa-sapa” ujar Nurin setibanya ke tempat kami sebelum sempat aku menjawab soalan abangnya.
            “Lina ni ada-ada je. Mana ad scandal, terserempak je tadi tu yang abang tegur tu.”
            “Laa, korang dah kenal ke?” soal Nurin.
            “Kenal tu tak ada la. Tapi kenal gitu-gitu je. Tu pun secara tak sengaja, tak tahu pula yang dia ni abang awak.”
            “A’ah, betul tu. Tak baik la main serkap jarang ni. Nanti tersalah serkap pula. Kalau yang diserkap tu mengena tak apa la juga.” Sampuk Irham
            “Hmm, saya nak minta diri dulu la sebab nak pergi jenguk kawan saya, Ari tu dekat hospital pula kejap lagi.” Ujarku seraya mengeluarkan kunci kereta dari begku. “Nurin tak nak join ke?”
            “Patutla tak nampak dia pun. Yela kan. Korang kan datang sekali biasanya. Nak tu memang nak, dah lama tak jumpa dengan dia tapi rasanya abang ada kerja kot kejap lagi. Maklumlah dia ni workaholic banyak, bukan sikit. Mungkin sebab tu lah sampai sekarang tak ada mana-mana perempuan yang melekat dengan dia.”
            Aku tergelak. “Takkan la sampai macam tu. Saya tengok abang awak ni macam cool je. Muka pun ok mesti dah ada sapa-sapa ni. Awak  je yang tak tahu agaknya.” Sampukku.
            “Amboi-amboi mulut. Suka-suka hati je cakap abang macam tu. Abang ni bukannya workaholic sangat tapi buat masa ni abang sibuk sikit je lagipun abang rasa macam tak nak ada komitmen lagi, orang yang sesuai pun tak ada lagi. Kene la guna cara wait and see. Hmm, Lina kalau nak pergi ok aja sebab abang kerja half day aja hari ni.” Ucap Irham dengan nada tidak puas hati dengan adiknya pada mulanya.
            “Oh, yeke? Baguslah kalau macam tu. Ehem-ehem.. Abang, kalau Lina suggest orang yang kat sebelah ni macam mana? Dia ni single and available tau. Admire dia bukan main ramai tapi choosy sangat la dia ni.”
            Taktala mendengar kata-kata Nurin itu aku dapat merasakan yang pipiku mulai memerah dan aku sungguh malu untuk memandang muka Irham dan Nurin. Kenapa la nak padankan aku dengan abang dia pula. “Eh, mana ada ramai peminat. Kalau cantik tak apa la juga, ni cute sikit-sikit aje.”
            “Hah, tengok tu Lina. Takkanlah si Risya ni nak dekat abang. Yang Lina pandai-pandai nak padankan abang dengan dia tu kenapa? Buat malu abang aje. Kalau dia nak dekat abang tak apa la juga. Orang cantik macam dia ni mesti la nak yang hensem. Abang ni hensem sikit-sikit tu ada la.” Beritahu Irham dengan muka control machonya.
            Nurin tegelak besar mendengar kata-kata abangnya. “Abang ni, tadi cakap setuju nak ikut kami pergi hospital. Jomla, kesian Risya ni tunggu kita.”
            “Memang dah nak pergi pun ni. Lina tu yang banyak songeh. Dari tadi ada aja benda nak cakap.” Rungut Irham kepada adiknya.
            Aku melihat mereka sambil tersenyum. “Dah-dah la. Saya rasa baik kita pergi sekarang. Waktu melawat pun dah nak mula ni. lagipun adik-beradik tak baik asyik bergaduh.” Tuturku setelah merasakan pergaduhan dua beradik ini seperti tidak akan selesai jika tiada sesiapa yang meleraikannya, jadi aku mengambil jalan untuk menghentikan mereka.
            “Tengok tu, kesian Risya. Mesti dia ada banyak kerja yang nak dibuat lepas ni nak kena tengok kita perang mulut lagi kat sini. Alahai tak malu ke? Tapi tak apa.kita sambung kat rumah pulak ye adikku sayang.” Ucap Irham dengan gelak yang panjang.
            “Nanti kita jumpa dekat hospital ya? Saya pergi dulu.” Ucapku sambil menghidupkan enjin kereta yang kebetulan aku parking di sebelah kereta Irham.
            “Baiklah, jumpa dekat sana nanti ya?” Ujar Nurin.
            Aku mengangguk dan memulakan perjalanan ke hospital yang hanya 15 minit dari kampusku.
            Setelah hampir 30 minit kami berada di hospital untuk melawat Ari aku meminta untuk mengudurkan kerana jam sudah menunjukan pukul 2.30 petang. Aku tidak mahu terlepas waktu solat zuhur. Nurin dan adiknya juga meminta diri untuk pulang dan sewaktu berjalan keluar dari wad yang menempatkan Ari , Irham mengajakku untuk makan tengah hari namun aku segera menolak namun hal ini bukan bermaksud yang aku tidak sudi tapi aku terlalu mengejar masa dan Acik Ila mesti dah masak tengah hari. Aku sendiri telah memberitahunya supaya memasak asam pedam kerana aku akan pulang awal hari ini disebabkan kelas petang nanti dibatalkan. Oleh itu, aku tidak mahu menyusahkan Acik Ila yang penat memasak. Dan sekarang mesti dia sedang menunggu aku.
            Irham pula nampak memahami akan situasi aku sekarang. Akan tetapi, dia memujukku untuk keluar makan dengannya lain kali. Aku bersetuju sahaja kerana bagi aku tidak salah untuk kami keluar hanya sebagai seorang kawan dan Irham berjanji akan menelefonku seandainya kami mempunyai masa terluang.
            Aku segera pulang ke rumah selepas itu kerana mama menelefonku menyatakan akan pulang makan tengah hari di rumah kebetulan dia mempunyai janji temu dengan pelanggannya di kawasan yang berhampiran dengan rumah kami dan dia juga mengajak pekerjanya makan tengah hari di rumah kami. Aku berfikiran bahawa tidak wajar membiarkan tetamu tertunggu-tunggu akan kepulanganku mestipun aku tahu yang dia merupakan tetamu mama, namun memang sudah menjadi kebiasaan keluarga kami sebegitu.


klu suka tekan like ye :)

Labels:



Older Post | Newer Post