Bonjour!
![]() Tagboard! Big Claps Template: Aina Syaza Editor:Your name Other: WeHeartIt Photobucket |
Assalamualaikum wbt. Tengah berjalan-jalan di belog di alam maya ni, tetiba terjumpa sesuatu. Hukum menyambut Hari Ibu, yang mana pada tahun ini jatuh pada hari ini. Hari Ibu biasanya disambut pada Ahad minggu kedua setiap Mei. Ha, dengar hari Ahad tu pun dah macam pelik kan. Almost all people knew that Sunday is the religious day for the Christians. Hari ibu dikatakan haram berdasarkan sejarah ini : Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang akti Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Justeru, haramkah Hari Ibu? Sabar. Jangan cepat melatah dan membuat keputusan. Apa-apa pun, kena baca daripada banyak pihak dan sokong hanya apabila dalil yang dikemukakan terang dan jelas. Ok? Baiklah, kita lihat jawapan kepada persoalan ini. Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:
Selain tu, ini pula jawapan daripada seseorang di belognya apabila ditanya tentang sambutan ini : Jawaban: Salam, Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya. Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam. Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah: 1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul. 2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat. 3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur “romen-romen” dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan. 4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani. Salam *** Konklusinya, mungkin sama seperti hari kasih sayang yang disambut pada 14 Februari saban tahun tu. Selagi tak melanggar syariat, dibolehkan. Apatalah lagi hari yang memperingati ibu. Rasanya tak salah, kut. Tapi jangan hanya pada hari Ahad minggu kedua Mei je nak buat baik dengan ibu anda. Agak-agakla. Selain hari lahirnya, mungkin hari ni merupakan hari extra untuk anda ekspreskan kasih sayang anda yang melimpah-ruah pada beliau. Sementara beliau masih ada di sisi anda, luahkan rasa itu. Jangan nanti apabila dia dah pergi, baru nak tunjuk kasih sayang anda tu. Kadang-kadang, kasih sayang itu perlu juga ditunjukkan >.< Sekadar satu perkongsian. Anda yang bergelar ibu, selamat hari ibu :) Anda yang bergelar anak, sayangilah ibu anda. Wallahu'alam. Wassalam. ![]() Labels: copy paste ajew |